Jumaat, 2 Disember 2011

iNFO : Tasek Bera Resort Tapak RAMSAR

TASEK BERA RESORT : Terletak dibahagian barat daya Pahang telah disenaraikan sebagai tapak RAMSAR Malaysia yang pertama. Tasek ini mempunyai keluasan 31,225 ha. merupakan tasek air tawar semulajadi yang terbesar di Malaysia, ianya telah dipilih sebagai tapak RAMSAR kerana ciri-ciri semulajadinya kerana memenuhi kreteria-kreteria pemilihan yang di tetapkan oleh Kovensyen RAMSAR seperti keunggulan tasek, sungai, kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta fungsinya sebagai tempat pembiakan dan sumber makanan bagi burung-burung air.

Ia merupakan eko sistem tanah lembab dengan beberapa jenis habitat seperti air terbuka, paya rasau-kercut, paya gambut dan hutan tanah pamah dengan ukuran 34.6 km panjang dan 25.3 km lebar, tasek ini mengalir masuk air ke sungai Bera, seterusnya ke Sungai Pahang.

Kajian yang telah di jalankan menunjukan bahawa terdapat 94 jenis ikan, 10 jenis kura-kura, 19 jenis katak, 67 jenis mamalia, 224 jenis burung dan 328 jenis tumbuhan air Tasek Bera. Termasuk 19 jenis tumbuhan yang endemik di kawasan itu.

Selain dari itu, kawasan Tasek Bera ini juga merupakan tempat tinggal suku kaum orang asli kaum Semelai yang masih teguh berpegang kepada adat resam dan amalan tradisional mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan